pibgsmktamanmelati.com
News Search:
Laman Utama · Galeri Gambar · Hubungi Kami · Forum08/09/2010 02:12:15
Navigation
Logo Sekolah
Ucapan Pengetua SMKTM
Ucapan YDP PIBG
Matlamat Dan Objektif
Visi dan Misi
Falsafah SMKTM
Lagu Sekolah
Sejarah Sekolah
Senarai Pengetua

PIBG
Senarai nama YDP
Senarai AJK PIBG
Perlembagaan PIBG

Sekolah
Gred Baru SPM
Yuran dan Sumbangan Sekolah
Amaran Ponteng

Pelajar
Ikrar Pelajar
Pelajar Cemerlang
Keputusan PMR

Takwim sekolah
Takwim Peperiksaan
Takwim Kokurikulum
Jadual Latihan Kokurikulum
Kalender Persekolahan

FORUM
Forum

Hubungi Kami
Hubungi kami

Galeri Gambar
Galeri Gambar
Sumbangan PIBG
Mohon kerjasama ibu bapa membuat sumbangan PIBG seperti siaran. Pengurusan Sekolah menghadapi masalah melaksanakan aktiviti-aktiviti pelajar dan melengkapkan keperluan pelajar menjelang peperiksaan yang semakin hampir

MOHON KERJASAMA
Latest Articles
Pelajar terbabit kum...
Gagal SPM bukan titi...
DI SEBALIK "TAK ADA ...
Guru Jasamu Dikenang
JADIKAN ANAK SEBAGAI...
Users Online
Guests Online: 2
No Members Online

Registered Members: 122
Unactivated Members: 6
Newest Member: interior designer
Yuran dan Sumbangan Sekolah
Kepada;
Semua Ibu bapa / Penjaga Pelajar-pelajar,
SMK Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PEMANSUHAN YURAN KHAS DAN SISTEM PAKEJ BAYARAN TAMBAHAN KEPADA PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN.

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan/puan mengenai perkara di atas.

2. Merujuk pekeliling Ikhtisas Bil. 31/2007 bil.KP(BS-DSR)8787/008/2(21) bertarikh 30 Oktober 2007, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati yang bermesyuarat pada 17hb November 2007 telah bersetuju membuat keputusan mengenai bayaran tambahan berikut sebagai sumbangan ibu bapa.

Berita selanjutnya sila klik di sini

Nota:
Kepada ibu bapa, berikut terdapat beberapa jadual yang boleh di buat panduan;

1. TAKWIM PEPERIKSAAN
2. TAKWIM AKTIVITI SEKOLAH
3. JADUAL UJIAN INTERVENSI (1) SPM

pibg

 

Ibu Bapa dan Penjaga Pelajar,
Sek Men Kebangsaan Taman Melati,
Taman Melati, Setapak, 53100 KL.


Tuan/Puan;

KUTIPAN SUMBANGAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI (PIBG SMKTM) TAHUN 2009

Perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, pada sesi persekolahan tahun 2008 dan sebelumnya, pihak ibubapa dan penjaga pelajar telah menyumbang wang keperluan perbelanjaan asas tahunan setiap pelajar di SMKTM dalam bentuk ’bayaran tambahan’ bernilai RM67.50 dan dalam bentuk ’sumbangan PIBG’ bernilai RM30.00. Walau pun kedua-dua bayaran ini hanyalah dikenali sebagai sumbangan ibubapa, tetapi hakikatnya wang tersebut adalah merupakan satu keperluan asas kewangan bagi menjayakan aktiviti pembelajaran dan kokurikulum pelajar di SMKTM.
3. Walau bagaimana pun, selaras dengan arahan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, kedua-dua kutipan tersebut telah tidak dilakukan pada awal tahun persekolahan 2009 bagi membolehkan ianya dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agong PIBG SMKTM tahun 2009.
4. Selanjutnya Mesyuarat Agong PIBG SMKTM tahun 2009 yang telah diadakan pada 28hb Februari 2009 telah merekodkan keperluan kewangan asas tambahan sekolah dan meluluskan kutipan sumbangan PIBG tahun 2009 seperti berikut:
4(i) Pengurusan sekolah telah membentangkan keperluan kewangan tambahan tahunan yang diperlukan bagi menjalankan aktiviti tahunan di SMKTM berjumlah RM140,000.00 yang merangkumi perbelanjaan pelbagai aktiviti termasuk akaun suwa, akademik, kokurikulum, hal ehwal murid, prasarana dan komputer.
4(ii) Bagi menampung keperluan kewangan tersebut, Mesyuarat Agong PIBG SMKTM telah membahas dan meluluskan bayaran tambahan melalui kutipan sumbangan PIBG dari ibubapa dan penjaga pelajar SMKTM bagi tahun 2009 dan seterusnya, dilaksanakan berdasarkan bilangan anak yang menuntut di SMKTM seperti berikut:

Bilangan Anak Menuntut di SMKTM

Sumbangan PIBG Tahunan Setiap Anak (RM)

Anak Pertama

160.00

Anak Kedua

120.00

Anak Ketiga

90.00

Anak Keempat dan Seterusnya

70.00


5. Sumbangan tersebut bolehlah dibuat mulai 23hb Mac 2009 melalui guru tingkatan anak masing-masing.
6. Jawatankuasa PIBG amat berharap agar sumbangan PIBG ini merupakan sumbangan tuan/puan yang ikhlas untuk pembangunan akademik dan kokurikulum anak-anak tuan/puan yang menuntut di sini.
7. Jawatankuasa PIBG juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan di atas perhatian dan kerjasama yang diberikan. Bagi sebarang persoalan berkaitan perkara tersebut, bolehlah menghubungi saya di nombor telefon 0133405576 atau e-mail mdhusin@tm.com.my atau e-mail PIBG SMKTM iaitu pibgsmktamanmelati@yahoo.com  atau e-mail SMKTM iaitu smktmnmelati@yahoo.com atau pun menghubungi ahli jawatankuasa PIBG 2009/2010 seperti nama tersebut di laman web PIBG www.pibgsmktamanmelati.com

Sekian, terima kasih.

 “BERKHIDMAT UNTUK IBUBAPA, PENJAGA, GURU & PELAJAR SMKTM”

 

MAHAMAD HUSIN AWANG BOON

Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa & Guru
SMK Taman Melati

 

Sk. Yg Berbahagia Datin Seri Zavirah Shaari - Pengetua SMKTM

Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Commercial

Shoutbox
You must login to post a message.

penbiru
21/07/2010
kpd members yg tak blh login sila buat pendaftaran baru. sistem tlh mengesan spam yg byk & tlh melakukan pembersihan. mungkin u/name anda tlh terpadam secara tidak sengaja. harap maaf

ryzal
21/07/2010
dah lme x blik kt skola..

penbiru
19/07/2010
hartini, terima kasih atas niat murni awak, sila semak email utk keterangan lanjut.

SMK Taman Melati @ 2010
Powered by PHP-Fusion © 2003-2006 - Aztec Theme by: PHP-Fusion Themes