|
Mohon kerjasama ibu bapa membuat sumbangan PIBG seperti siaran. Pengurusan Sekolah menghadapi masalah melaksanakan aktiviti-aktiviti pelajar dan melengkapkan keperluan pelajar menjelang peperiksaan yang semakin hampir
|
|
Guests Online: 2
No Members Online
Registered Members: 122
Unactivated Members: 2
Newest Member: interior designer
|
|
|
Moto Sekolah : Berdisiplin Berilmu Berjaya
TAFSIRAN LOGO SEKOLAH
LAMBANG-LAMBANG
- OBOR DAN BUKU
Quran adalah punca segala ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan di dunia. Pengetahuan daripada buku perlu dicari. Obor adalah lambang penyuluh untuk menunjukkan jalan ke hadapan.
- RODA TEKNIK
Melambangkan persediaan murid menghadapi zaman sains dan teknologi yang semakin mencabar.
- ALAT GEOMETRI, APITAN, SESIKU
Melambangkan kesepaduan dan keseimbangan matematik dan kemahiran dalam proses pembelajaran masa kini.
- ANAK PANAH
Melambangkan wawasan pada masa hadapan yang padu meliputi semua aspek hidup rohani, jasmani, intelek dan emosi.
WARNA-WARNA
- PUTIH
Anak-anak adalah ibarat kain putih yang perlu dicorak oleh tukang yang mahir.
- BIRU
Melambangkan suasana ketenangan untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran dalam menimba ilmu.
- KUNING
Melambangkan taat setia kepada ibu bapa, sekolah dan Negara.
- MERAH
Melambangkan keberanian dan kegagahan untuk menghadapi cabaran semasa menuntut ilmu dan seterusnya menghadapi dunia luar yang mencabar.
|
|
|
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
|
|