pibgsmktamanmelati.com
News Search:
Laman Utama · Galeri Gambar · Hubungi Kami · Forum08/09/2010 02:39:51
Navigation
Logo Sekolah
Ucapan Pengetua SMKTM
Ucapan YDP PIBG
Matlamat Dan Objektif
Visi dan Misi
Falsafah SMKTM
Lagu Sekolah
Sejarah Sekolah
Senarai Pengetua

PIBG
Senarai nama YDP
Senarai AJK PIBG
Perlembagaan PIBG

Sekolah
Gred Baru SPM
Yuran dan Sumbangan Sekolah
Amaran Ponteng

Pelajar
Ikrar Pelajar
Pelajar Cemerlang
Keputusan PMR

Takwim sekolah
Takwim Peperiksaan
Takwim Kokurikulum
Jadual Latihan Kokurikulum
Kalender Persekolahan

FORUM
Forum

Hubungi Kami
Hubungi kami

Galeri Gambar
Galeri Gambar
Sumbangan PIBG
Mohon kerjasama ibu bapa membuat sumbangan PIBG seperti siaran. Pengurusan Sekolah menghadapi masalah melaksanakan aktiviti-aktiviti pelajar dan melengkapkan keperluan pelajar menjelang peperiksaan yang semakin hampir

MOHON KERJASAMA
Latest Articles
Pelajar terbabit kum...
Gagal SPM bukan titi...
DI SEBALIK "TAK ADA ...
Guru Jasamu Dikenang
JADIKAN ANAK SEBAGAI...
Users Online
Guests Online: 2
No Members Online

Registered Members: 122
Unactivated Members: 6
Newest Member: interior designer
Sejarah Penubuhan SMKTM
Sejarah Penubuhan SMK Taman Melati

SMK Taman Melati telah siap di bina pada November 1993. Bagi sesi persekolahan pertamanya pada tahun 1994, seramai 500 pelajar telah mendaftar di sekolah ini. Sebanyak 15 buah kelas yang menempatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 digunakan dengan barisan 10 orang tenaga pengajar di bawah pimpinan pengetua pertama, Datin Hajjah Khowilah bt Yusup. Pada bulan September 1997, Pn Mishah bt Husin A.M.N telah diberi kepercayaan sebagai pengetua kedua SMK Taman Melati sehingga 31 Mei 1998.

Sebagai sebuah sekolah gred B pada waktu itu, SMK Taman Melati hanya mempunyai 3 buah blok akademik, kantin dan bengkel Kemahiran Hidup untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah di naik taraf kepada sekolah Gred A pada tahun 1998, SMK Taman Melati telah semakin pesat membangun dari segi kelengkapan fizikal dan prasarana untuk memenuhi keperluan dan keselesaan pelajar. Antara kemudahan yang dibina ialah makmal komputer, pondok-pondok bacaan, tempat menunggu bas, tempat letak basikal, surau, dewan terbuka dan sebagainya.

Bermula pada 1 Jun 1998 sehingga 19Jun 2006, SMK Taman Melati telah di tadbir oleh pengetuanya yang ketiga iaitu Puan Hajjah Kalsom bt Ab Rahman. Sepanjang 12 tahun di buka, SMK Taman Melati terus bergerak maju demi mencapai visi untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang menjelang tahun 2006. Dengan bilangan pelajar pernah mencapai tahap maksima seramai 1874 orang pada tahun 2000, bertulang belakangkan 97 orang guru dan 10 orang staf sokongan, SMK Taman Melati terus mengorak langkah dalam menempa kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik mahu pun ko kurikulum. Penyertaan pelajar dalam program-program akademik dan kokurikulum bukan hanya sekadar di peringkat zon atau daerah sahaja, malahan ada yang mampu mewakili sekolah sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Pihak sekolah juga tidak jemu-jemu merangka pelbagai program untuk memastikan misi dan visi yang di idamkan menjadi kenyataan.

Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah, sebuah blok tambahan D yang mengandungi 12 bilik darjah dan 2 buah makmal komputer telah siap dibina dan di gunakan sepenuhnya pada tahun 2001.

Selanjutnya, bermula pada 1 September 2006, SMK Taman Melati telah di tadbir oleh pengetuanya yang keempat iaitu Y. Bhg Datin Zavirah binti Shaari. Beliau membawa visi sekolah yang baru iaitu "Membangunkan Modal Insan Berkualiti".

Kehadiran pengetua baru telah membawa bersama pembangunan dan peningkatan kemudahan kepada pelajar-pelajar dimana sekarang sebuah gelanggang serbaguna sedang diusahakan dengan inisiatif pengetua Y. Bhg Datin Zavirah dengan kerjasama PIBG selepas kejayan PIBG menyediakan kemudahan surau untuk kemudahan para pelajar. Pihak sekolah juga di bawah pentadbiran Y.Bhg Datin Zavirah kini sedang mengusahakan untuk menaiktaraf Dewan Terbuka Melati Mewah kepada Dewan Tertutup untuk meningkatkan kualiti kegunaannya. Selain itu beliau juga turut berusaha keras untuk menaiktaraf Dewan Melati Murni kepada sebuah Auditorium Mini untuk kegunaan para pelajar.

Diharapkan SMK Taman Melati akan terus membangun dan mampu menyediakan kemudahan prasarana lengkap kepada pelajar-pelajar dari masa ke semasa.


Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Commercial

Shoutbox
You must login to post a message.

penbiru
21/07/2010
kpd members yg tak blh login sila buat pendaftaran baru. sistem tlh mengesan spam yg byk & tlh melakukan pembersihan. mungkin u/name anda tlh terpadam secara tidak sengaja. harap maaf

ryzal
21/07/2010
dah lme x blik kt skola..

penbiru
19/07/2010
hartini, terima kasih atas niat murni awak, sila semak email utk keterangan lanjut.

SMK Taman Melati @ 2010
Powered by PHP-Fusion © 2003-2006 - Aztec Theme by: PHP-Fusion Themes