Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur kehadrat Allah swt yang dengan izinNya Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melati telah berjaya melancarkan sebuah laman web sendiri sebagai satu saluran komunikasi antara warga sekolah dengan semua ibubapa atau penjaga pelajar khasnya serta masyarakat amnya. Usaha ini adalah selaras dengan fungsi penubuhan PIBG bagi meningkatkan kemesraan dan menyediakan satu saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dan masyarakat.
Disamping menyampaikan maklumat terkini tentang aktiviti yang dilaksanakan di sekolah, pihak kami juga berharap agar ibubapa serta penjaga pelajar khasnya dapat memberikan tindakbalas yang positif termasuklah memberikan cadangan membina atau bantuan kepakaran untuk memastikan keberkesanan komunikasi melalui laman web ini.
Tahniah juga diucapkan kepada Biro Pembangunan PIBG yang telah mengambil inisiatif membangunkan laman web ini. Mudah-mudahan usaha murni yang dilaksanakan ini dapat menyumbang kepada pembangunan dan kecemerlangan pelajar-pelajar SMKTM khasnya dan sekolah amnya.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung yang telah turut sama menjayakan pembangunan dan pelancaran laman web ini.
Wassalam dan terima kasih.
MAHAMAD HUSIN AWANG BOON
YDP PIBG 2006/2007
SMK Taman Melati
Setapak
53100 Kuala Lumpur
|