pibgsmktamanmelati.com
News Search:
Laman Utama · Galeri Gambar · Hubungi Kami · Forum06/09/2010 01:51:31
Navigation
Logo Sekolah
Ucapan Pengetua SMKTM
Ucapan YDP PIBG
Matlamat Dan Objektif
Visi dan Misi
Falsafah SMKTM
Lagu Sekolah
Sejarah Sekolah
Senarai Pengetua

PIBG
Senarai nama YDP
Senarai AJK PIBG
Perlembagaan PIBG

Sekolah
Gred Baru SPM
Yuran dan Sumbangan Sekolah
Amaran Ponteng

Pelajar
Ikrar Pelajar
Pelajar Cemerlang
Keputusan PMR

Takwim sekolah
Takwim Peperiksaan
Takwim Kokurikulum
Jadual Latihan Kokurikulum
Kalender Persekolahan

FORUM
Forum

Hubungi Kami
Hubungi kami

Galeri Gambar
Galeri Gambar
Sumbangan PIBG
Mohon kerjasama ibu bapa membuat sumbangan PIBG seperti siaran. Pengurusan Sekolah menghadapi masalah melaksanakan aktiviti-aktiviti pelajar dan melengkapkan keperluan pelajar menjelang peperiksaan yang semakin hampir

MOHON KERJASAMA
Latest Articles
Pelajar terbabit kum...
Gagal SPM bukan titi...
DI SEBALIK "TAK ADA ...
Guru Jasamu Dikenang
JADIKAN ANAK SEBAGAI...
Users Online
Guests Online: 2
No Members Online

Registered Members: 122
Unactivated Members: 2
Newest Member: interior designer
Gagal SPM bukan titik akhir hidup
Gagal SPM bukan titik akhir hidup

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my
2010/03/15

AIR mata yang berlinangan sebaik memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Khamis lalu memberi seribu satu makna yang sukar untuk diungkapkan.

Mana tidaknya, reaksi spontan selepas melihat slip keputusan SPM diiringi tangisan membuatkan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan tertanya-tanya sama ada keputusan mereka cemerlang atau sebaliknya.

Bagi pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang, tangisan itu lambat-laun akan bertukar kepada senyuman, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang gagal? Bagi pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang, mudah membuat perancangan masa depan dengan memohon memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

Benarkan masa depan pelajar yang gagal itu gelap atau ada peluang lain untuk menebus maruah yang hilang? Jika ada apa yang harus lakukan? Pensyarah Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Profesor Madya Dr Sapora Sipon, berkata keputusan SPM sangat penting, tetapi ia bukanlah penentu masa depan seseorang.

Beliau berkata, tahap kematangan seseorang individu adalah berbeza dan jika berusaha gigih, masa depan mereka pasti cerah.

"Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Jadi, jangan anggap gagal SPM sebagai satu titik akhir dalam hidup. Insya-Allah jika berusaha, kejayaan pasti ada," katanya.
Pelajar yang gagal atau keputusan 'cukup makan' tidak perlu risau kerana banyak peluang untuk berjaya.

"Dahulu memang peluang melanjutkan pelajar untuk mereka yang tercorot agak tipis, kini dengan adanya pelbagai kolej dan pusat pendidikan swasta, pelajar hanya perlu bijak memilih kursus yang diminati.

"Dengan kelulusan minimum yang pelajar ada, mereka boleh memohon kursus di bidang teknikal atau vokasional.

"Latihan kemahiran di Giat Mara atau institusi pertanian membuka peluang kepada pelajar melanjutkan pelajaran," katanya.

Apabila memperoleh sijil nanti, mereka mempunyai pilihan untuk terus bekerja atau melanjutkan pelajaran lebih tinggi.

Bagaimana pula jika gagal memohon di mana-mana institusi atau pusat kemahiran? "Jangan risau kerana anda boleh bekerja dan dalam masa yang sama ambil kursus di mana-mana institusi atau mengulang semula peperiksaan SPM kembali.

"Tetapi, perlu ada keazaman dan usaha gigih," katanya.

Peluang kerjaya kini mempunyai banyak saingan dan pelajar perlu bijak memilih.

Justeru, katanya, jika tiada pilihan lain, pelajar boleh menceburi bidang keusahawanan atau berniaga kecil-kecilan untuk mendapat pengalaman sebelum melabur dalam skil lebih besar.

"Ketika bekerja, kumpul modal dan belajar ilmu pengurusan, insya-Allah dalam tempoh beberapa tahun, anda bakal menjadi usahawan berjaya.
"Yang penting anda ada keinginan, semangat dan usaha untuk berjaya," katanya.

Menurutnya, bidang keusahawanan menjanjikan masa depan yang cerah.

Justeru, katanya, usah menangisi nasib sendiri apabila gagal kerana ia tidak membawa apa-apa, sebaliknya kumpul semangat yang masih ada untuk bangun dan melakukan sesuatu yang positif.

"Perasaan sedih itu memang lumrah apatah jika berusaha tetapi keputusan yang diterima mengecewakan.

"Tetapi, anda tidak boleh terus menangis kerana kehidupan perlu diteruskan, inilah yang patut ada pada diri pelajar yang gagal, semangat dari kejatuhan," katanya.

Beliau mengaku ketika ini ibu bapa memainkan peranan penting memberi dorongan kepada anak-anak.

"Sokongan ibu bapa diperlukan bagi mengubat pelajar yang dalam kesedihan. Mereka perlu peka dan prihatin.

"Jangan memarahi atau mengaibkan mereka kerana ia memberi akibat yang buruk," katanya.

Katanya, ibu bapa perlu sedar bahawa pelajar yang gagal dalam SPM hari ini boleh berjaya di masa hadapan jika mereka bijak membimbing.

Dalam perkembangan yang sama, Dr Sapora meminta pelajar yang gagal rajin melihat peluang lain yang ada.

"Jika masih bersedih dan tidak boleh menerima kenyataan terhadap kegagalan itu, jumpa guru kaunseling di sekolah.

"Rajin-rajinlah membelek surat khabar untuk melihat peluang melanjutkan pelajaran," katanya.

Petikan dari MyMetro
Isnin, 15 Mac 2010


Comments
No Comments have been Posted.
Post Comment
Please Login to Post a Comment.
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Commercial

Shoutbox
You must login to post a message.

penbiru
21/07/2010
kpd members yg tak blh login sila buat pendaftaran baru. sistem tlh mengesan spam yg byk & tlh melakukan pembersihan. mungkin u/name anda tlh terpadam secara tidak sengaja. harap maaf

ryzal
21/07/2010
dah lme x blik kt skola..

penbiru
19/07/2010
hartini, terima kasih atas niat murni awak, sila semak email utk keterangan lanjut.

SMK Taman Melati @ 2010
Powered by PHP-Fusion © 2003-2006 - Aztec Theme by: PHP-Fusion Themes