SUMBANGAN PIBG SMK TAMAN MELATI TAHUN 2010
Posted by erwan on 24/03/2009 05:48:07

Ibu Bapa dan Penjaga Pelajar,
Sek Men Kebangsaan Taman Melati,
Taman Melati,Setapak, 53100 KL.

Tuan/Puan;

SUMBANGAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN MELATI (PIBG SMKTM) TAHUN 2010

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2(i) Adalah saya dengan ini merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas: Bil 5/2009 Bayaran-Bayaran Tambahan Persekolahan kepada semua ahli PIBG SMKTM dan dipersetujui dalam mesyuarat Jawatan Kewangan PIBG pada 28 Disember 2009 memberikan sumbangan kewangan kepada tabung PIBG SMKTM adalah seperti yang berikut:

A. SUMBANGAN KEWANGAN OLEH SETIAP PELAJAR

BIL JENIS BAYARAN JUMLAH (RM)
1 Kokurikulum 6.00
2 Kertas Ujian Dalaman 10.00
3 Sukan Tahunan Sekolah 6.00
4 Kegiatan Pendidikan Agama Islam / Moral 6.00
5 MSSM 4.00
6 Insuran Takaful 1.50
JUMLAH (A) 33.50


2(ii) Bayaran untuk majalah sekolah seperti di bawah subseksyen 8(2)(d) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan Bahan Multi Media) 1988 dan sumbangan tambahan PIBG bagi seorang sahaja pelajar dalam satu keluarga adalah seperti yang berikut:

BIL PROGRAM / AKTIVITI JUMLAH (RM)
1 Majalah Sekolah 12.00
2 Program Akademik 20.00
3 Program Hal Ehwal Unit 15.00
4 Program Kokurikulum 15.00
5 Peruntukan Khas 12.50
6 Prasarana 30.00
JUMLAH (B) 104.50
JUMLAH (A+B) 138.00


3. Yuran pelajar warga asing: RM240.00
(Dibayar terus kepada JPWP - Unit Pendaftaran - Ibubapa/penjaga pelajar perlu menunjukkan resit/pengesahan pembayaran semasa kemasukan pelajar).


4. Bayaran boleh dijelaskan kepada guru tingkatan secara sekaligus atau pun ansuran sehingga bulan Disember 2010. Segala sumbangan adalah untuk kepentingan anak-anak kita mencapai kecemerlangan di sekolah ini.

Sekian terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

MAHAMAD HUSIN BIN AWANG BOON
YDP PIBG,
SMK Taman Melati,
Setapak, Kuala Lumpur.